Adakah boleh memegang dinding kaabah ketika bertawaf semasa umrah?
Ringkasan jawapan
Memegang kaabah ketika tawaf membatalkan pusingan tawaf yang sedang dilakukan. Sebabnya, tawaf mesti dilakukan dengan seluruh anggota badan berada di luar kawasan kaabah, termasuk Syazarwan dan Hijr Ismail. Menyentuh atau memijak Syazarwan, sama ada berlapik atau tidak, juga menjadikan pusingan itu tidak sah kerana Syazarwan termasuk dalam binaan kaabah.1
Ringkasan ditulis oleh DHUMY dengan ayat sendiri dan disemak terhadap fatwa asal.
Berdasarkan persoalan yang diajukan dan perbahasan yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa perbuatan memegang kaabah ketika tawaf merupakan perbuatan yang membatalkan pusingan tawaf tersebut. Ini kerana dengan memegang kaabah maka sebahagian anggotanya berada di dalam kawasan kaabah.
Sumber
AL-KAFI #1496: HUKUM PEGANG KAABAH KETIKA TAWAF UMRAHPejabat Mufti Wilayah Persekutuan · Al-Kafi li al-Fatawi · Diterbitkan 3 Januari 2020
Halaman ini meringkaskan fatwa yang telah diterbitkan; ia bukan fatwa baharu. Untuk situasi khusus anda, baca fatwa penuh atau rujuk pejabat mufti negeri anda.