MaklumatSebelum berniat di miqat
Pilih jenis haji
- Ifrad: berniat haji sahaja di miqat; umrah dibuat selepas haji. Tiada dam.
- Tamattu': umrah dahulu dalam bulan haji (1 Syawal hingga 10 Zulhijjah), kemudian haji pada tahun yang sama. Dikenakan dam: seekor kambing atau kibas, atau 1/7 lembu atau unta. Jika tidak mampu, berpuasa 10 hari: 3 hari di Makkah dan 7 hari selepas pulang.
- Qiran: berniat haji dan umrah serentak di miqat. Dikenakan dam seperti Tamattu'.
Sumber: JAWHAR — Manual Pengurusan Haji Ifrad, Haji Tamattu' dan Haji Qiran · Mufti Wilayah Persekutuan — Bayan Li Al-Haj Siri 24: Cara-cara Melaksanakan Haji